[Media] Pepatah Moden

Wednesday, November 23, 2011


Pepatah melayu lama kita ada yang dah tak boleh pakai sekarang ni. Jadi untuk mengupdatekan pepatah supaya dapat digunakan sehingga sekarang, pepatah melayu haruslah di'modified' sedikit mengikut arus semasa. Berikut adalah antara pepatah yang telah diubah suai mengikut zaman sekarang.
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak fixie boleh digelek, terlajak kapal terbang terpaksa ambil flight lain sebab kapal terbang tiada gear reverse.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
  • Sudahlah jatuh ditimpa tangga, tercium pulak tahi ayam, terantuk pulak pasu bunga, kepala tercucuk pulak duri bunga, kaki terpijak pulak belahan pasu bunga. Ishk seksa, seksa. .
  • Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.
  • Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
  • Rambut sama hitam, gigi lain-lain.
  • Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
  • Malang tidak berbau tapi kentut yg berbau tu, puih! Hanya tuhan yang tahu.
  • Biar mati anak, jangan mati pucuk.
  • Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ketiak masam.
  • Berakit-rakit ke hulu, kalau nak ke hilir naik bot sajalah.
  • Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita. Lebih baik hari tak hujan.
  • Biar lambat asalkan tak cepat.
  • Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
  • Air dicincang takkan boleh dibuat lauk kenduri.
  • Kerbau dipegang pada tali, manusia jangan dipegang sebarangan silap-silap kena lempang.
  • Lembu punya susu, Ducth-Lady dapat nama.
  • Berat mata memandang, berat lagi memikul beras seguni.
  • Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jua.
  • Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.
  • Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.
  • Bunga bukannya sekuntum, kumbang pakai BMW pun bukan seekor.
  • Bagai pinang dilenyek bulldozer.
  • Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
  • Di mana ada gula di situ adalah gula.
  • Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
  • Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
  • Diam-diam ubi berisi, diam-diam orangnya bisu.
  • Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
  • Kecil-kecil cili padi, kecil lagi bijinya.
  • Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah.

 

No comments:

 
Copyright 2013 © Designed by Admin