[Media] Personaliti Melalui Kentut

Thursday, October 06, 2011


Kentut merupakan gas boleh terbakar, kerana metana dan hidrogen yang boleh terbakar, dan keduanya terdapat dalam kentut. Apa yang kurang diketahui ialah menyalakan mancis akan menghilangkan bau dari kentut. Ini kerana bau kentut datangnya dari hidrogen sulfida (dari makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila diberi haba.Personaliti? Melalui? Kentut? Haha, artikel ini akan menyenaraikan jenis-jenis personaliti manusia mengikut kentut ! Jadi. . . Jom usha !?

Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

Orang BANGANG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

Orang BERWAWASAN LUAS
Orang yang tahu bila harus kentut.

Orang SENGSARA 
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

Orang MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

Orang SADIS
Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang
orang lain.

Orang PEMALU
Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

Orang yang STRATEGIK 
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa
terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar atau dengan skill tersendiri.

Orang BODOH 
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk
mengganti kentutnya yang keluar.

Orang PELIK 
Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-
sikit,sampai bunyi "tit-tit-tit".

Orang SOMBONG 
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

Orang RAMAH 
Orang yang senang mencium kentutnya dan orang lain.

Orang yang tidak senang BERGAUL 
Orang yang kalau kentut sembunyi.

Orang AKUATIK 
Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi
"blurp-blurp".

Orang ATLETIK 
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

Orang JUJUR 
Orang yang mengaku kalau habis kentut.

Orang PINTAR 
Orang yang boleh menandai bau kentut orang
lain dan selalu mengkaji.

Orang MALANG 
Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

Orang TALKATIVE
Orang yang kentut tak henti-henti.



p/s: Hanya untuk hiburan semata-mata. . . Dan, kepada orang yang jujur, diharap tidak terlalu jujur

No comments:

 
Copyright 2013 © Designed by Admin